Selasa, 29 Mac 2016

Menghadapi Cabaran Dunia ke-3: Islam Terus Ditindas & Orang Islam Terus Dihina







         


Kita berada di penghujung Dunia..dimana kita menyaksikan orang-orang islam terus ditindas dan dicacar merba. Apakah seperti-nya tiada jalan untuk kita memulihkan kembali sinaran islam yang telah lama tenggelam..dimanakah Cahaya Muhammad yg Terbilang itu...

Tangisan mereka , tangisan anak-anak palestine yang tak kesudahan membuatkan kita merasa sedih akan kesusahan mereka tetapi apa yang mampu kita lakukan..? apakah caranya , jalannya untuk kita memastikan jalan itu mudah untuk kita mengurangkan kesusahan mereka.

Era-Tahun 2000 Kita merasa agak tersepit dengan tekanan yang diberikan oleh negara-negara kesatuan dunia. Hendak diharapkan negara-negara Barat untuk membantu rasanya memang tidak lah lagi. Mereka lebih banyak berdiam memandangkan orang-orang islam tidak ada kena mengena dengan mereka.

Contoh yang diberikan oleh Amerika Syarikat selaku kuasa besar dunia yang mempunyai Aset Military Army terbesar dunia-3 mereka buat seperti endah tak endah tentang kesusahan Masyarakat Islam sedangkan mereka memperjuangkan keamanan dunia melalui kesatuan PBB..? Tidak perlu mengharapkan mereka. Mereka sudah pon menghantar beratus-ratus biji bom keatas Negara-negara Islam yang lain kini giliran negara islam yang lain pula ditunggu untuk dihentam.

Kadang-kadang saya tertanya,  Mengapa perlu Menjalinkan & menguatkan terus hubungan diplomatik dengan mereka Amerika Syarikat sehingga membuat pelbagai perjanjian yang tidak masuk akal. Bukankah hubungan diplomatik itu bermaksud kita Bersahabat..?
Jadi apakah hubungan kita dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah yang dibunuh dan dihentam oleh Amerika Syarikat itu sendiri. Hubungan Umat Islam itu adalah persaudaraan. Jadi persaudaraan dengan persahabatan manakah yang lebih penting...??

Saya tahu pasti ramai yang akan mengatakan persaudaraan dan persahabatan itu sama-sama penting. Tetapi didalam situasi persaudaraan rapat kita telah dibunuh dengan kejam secara diam-diam oleh Sahabat kita yang jahat dan berpura-pura baik dan menunggu masa untuk kita pula dijatuhkan.

Kejatuhan Kota Baghdad yang merupakan pusat ilmu bagi umat islam telah pon dimusnahkan dan negara-negara yg menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara amerika syarikat perlu mengucapkan syabas..! kerana Negara islam yang merupakan pusat pengumpulan ilmu perngetahuan bagi umat islam telah berjaya dimusnahkan. Negara-negara islam seluruh dunia hanya berdiam diri. Semua Negara-negara islam telah berdosa.

Media Massa yang ada di serata Dunia pon seperti tidak Adil..hanya menunjukkan kejahatan dan benda tidak baik mengenai islam. Ini menguatkan lagi banyak negara-negara asing menghentam kita sehingga kita merasa tersepit akibat durjana yang dibuat oleh penyebaran Media Massa ini. Apa yang perlu kita buat , apa yang perlu kita lakukan demi menunjukkan bahawa islam bukan lah suatu agama keganasan..bagaimanakah strategi untuk kita mematahkan serangan mereka demi memastikan agama islam dan orang-orang islam terus bertapak Mulia di bumi ini. Selagi kita hidup kita mempunyai Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita buat sesuatu demi agama kita kedaulatan kita. ya tidak ada sebab lain lagi..Allah melahirkan kita ke dunia adalah untuk kita mempertahankan agama Allah dari satu generasi ke suatu generasi walaupon perjuangan itu kecil , supaya Agama islam Allah yang Mulia ini terus bertahan hingga ke akhir hayat Dunia. Kerana inilah Agama yang berlandaskan ajaran yang benar, menyuruh umatnya untuk membuat kebaikan.Ianya pasti Tidak akan lagi umat islam selalunya Menangis tertindas , suatu hari nanti dan disaat nanti sinaran islam itu pasti akan terpancar jua. Semoga Islam akan mencapai kegemilangan semula suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan